Events Calendar

Prog KDB Bersama Perpustakaan Desa Sg.Taka
Sunday, 3. January 2016, 09:00am - 01:00pm
Hits : 59
Contact Pn NoorLeela 011

Mesej Utama
 
Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.   Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.
 
Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Para peserta diberi penerangan Klik Dengan Bijak di samping memberi peluang kepada wakil Pi1M Kg Kuala Selama dan Sg Batu untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pi1M

Location Perpustakaan Desa Sg Taka Kedah