PENGARAH JPJ Kedah, Isma Suhaimi Sharif (tengah) memeriksa motosikal yang ditahan ketika Ops TBC di Alor Setar, malam tadi - Foto Zuliaty Zulkiffli
Objektif
Tujuan penubuhan pasukan bomba sukarela di kawasan tertentu bagi menggalakkan penduduk- penduduk setempat untuk :
- Penubuhan pasukan pemadaman dan penyelamat bagi mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
- Membantu memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat terhadap bahaya-bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan kebakaran.
- Mengeratkan koordinasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta lain-lain agensi berkaitan dengan keselamatan kebakaran.
- Pasukan bomba sukarela akan dapat membantu jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia didalam usaha-usaha penjagaan pili bomba yang terdapat di kawasan masing-masing.
PONDOK POLIS KG.KUALA SELAMA KEDAH
Pengenalan
Di kawasan Kg.Kuala Selama,terdapat sebuah pondok polis yang terletak di tepi jalan utama ke Mahang.Pondok Polis ini berperanan untuk menjaga kesejahteraan dan keselamatan penduduk kampung supaya dalam keadaan selamat.
Tugas-tugas
- Memantau dan pastikan keadaan kampung selamat
- Memastikan kesejahteraan kampung terjamin
Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
Tenaga sukarelawan ditubuhkan sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.