kgayahhkgayahhhkgayah

 

Lebih mesra dikenali sebagai Kak Gayah.. Kak Gayah mula berniaga goreng pisangnya dari tahun 2007 sehingga kini 2017.. Perniagaan goreng pisang sangat laris ini kerana keenakan rasa dan kuah nya amat laa sedap.. Goreng pisang Kak Gayah sangat terkenal di merata-rata tempat di kawasan Selama Kedah dan Selama Perak.. Ada juga pelanggan nya datang dari luar Selama..

 

 banner1

D`NyuMania Corner merupakan sebuah kedai makan penduduk tempatan yang paling popular dan terkenal di kawasan sekitar Kg Kuala Selama dan kawasan-kawasan yang berdekatan.Antara menu yang menjadi kesukaan dan kegilaan orang ramai adalah Kow Teow Kungfu (Lam Cina) serta pelbagai pilihan makanan seperti yang tertera diatas.Untuk sebarang tempahan, anda boleh hubungi Pak Jang (En Azmi bin Kasim) di talian yang tertera.Kedai ini dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 5.30 ptg sehingga 12.00 mlm.

 

838997

LAM CINA / KOW TEOW KUNGFU

 

 

 

                          LAKSA BERAS (HOMEMADE) KEDAH

  LAKSABERAS  laksa-kedah-595x446             

Merupakan salah satu punca rezeki Puan SITI HAJAR BINTI KAMIS.Beliau mengusahakan makanan ini hampir sedekad dahulu. Laksa beras ini adalah tarikan utama pelanggan di kedai beliau. Boleh kunjungi kedai Puan Siti atau pun lebih mesra dengan panggilan Makngah Jat dialamat BATU 28 JALAN SERDANG 34950 BANDAR BAHARU KEDAH. Ataupon boleh hubungi beliau untuk tempahan di 011-18646486

 

 

Bihun Madu                        Rempeyek                        Putu Kacang

kinapekyekputu

 

Puan Noor Zarina Binti Muhammed Ali adalah merupakan seorang usahawan wanita makanan tradisional di Selama Kedah.Beliau telah menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan selama lebih kurang 6 tahun.Dan sekarang beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya dan mempunyai banyak rangkaian jualan dikawasan sekitar negeri Kedah dan Perak. Beliau mempunyai sebuah bengkel yang terletak di Serdang,Kedah . Untuk sebarang pertanyaan tentang produk dan tempahan anda boleh hubungi beliau sendiri di talian 012-5336421/019-4058902.Beliau juga turut menyediakan khidmat perhantaran kerumah atau ke premis perniagaan.

MEE REBUS “PAK BAROM” SELAMA KEDAH

Pekan Selama, Perak  bermula dari pertengahan tahun 1850 dikaitkan dengan Larut dan Matang adalah telah lama maju jika dibanding dengan tempat lain di Tanah Melayu. Perang Larut, Pembinaan Jalan Keretapi yang pertama di antara Port Weld (Kula Sepetang) dengan Taiping telah membuatkan tempat ini lebih bersejarah dari Kuala Lumpur. Ringkasan cerita ianya bersempadan pula dengan Selama di Kedah. Tak jauh,  jadi kita sebut SELAMA KEDAH dan di situ terdapat sebuah restoran/kedai makan di panggil “mee rebus Pak Barom”.