KAMPUNG KUALA SELAMA

Sejarah dan asal usul nama “Kampung Kuala Selama” ini mempunyai pelbagai versi dan cerita yang kadangkala mengelirukan kita. Namun demikian, versi yang sahih adalah dalam bentuk versi pertama dan versi kedua.

Versi Pertama:

Pada tahun 1930-an, masyarakat Melayu tidak mempunyai kemudahan dan keperluan seperti pada zaman sekarang. Kehidupan mereka dikelilingi hutan belantara, laut dan sungai yang mempunyai pelbagai khazanah bagi memenuhi keperluan kehidupan. Sungai dan laut merupakan salah satu jalan penghubung yang sangat penting untuk mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Peluang dan kemudahan yang ada seperti sungai digunakan masyarakat kampung sebagai tempat untuk mereka menjalankan aktiviti seperti mencari sumber makanan, minuman, membasuh pakaian, mandi-manda dan sebagainya. Selain itu, untuk mengisi ruang waktu dan memenuhi masa, masyarakat kampung telah menjalankan aktiviti seperti “menyelam”. Lama kelamaan ,aktiviti ini menjadi popular di kalangan penduduk hingga tahun 1940-an malah mereka mengadakan pertandingan menyelam paling lama”. Aktiviti ini semakin hari semakin menjadi bualan buah mulut masyarakat sehingga mereka menyebut, “menyelam  lama dan  menyelam selama-lama”. Manakala nama kuala pula disebabkan masyarakat Melayu pada zaman tersebut mengadakan pertandingan menyelam di sungai yang kini dikenali “kuala”.

Versi kedua:

Kuala Selama dahulunya dikenali sebagai “Selama Pajak”. Kampung Kuala Selama  merupakan  sebuah kampung yang kebanyakan masyarakatnya adalah dari kalangan orang-orang Melayu. Namun demikian, segelintir dari mereka mempunyai tabiat buruk iaitu suka berjudi. Oleh kerana kerap berjudi, mereka sanggup memajak tanah pusaka nenek moyang mereka untuk melangsaikan hutang kepada ceti-ceti yang berada di kawasan tersebut. Tanah-tanah yang dipajak oleh orang Melayu diusahakan oleh ceti-ceti tersebut dengan mendirikan kawasan pertanian iaitu ladang kelapa sawit.

Disebabkan itu juga, pada masa kini kita dapat melihat dengan mata kasar sendiri di kawasan kampung ini terdapat ladang kelapa sawit yang dikepalai oleh orang-orang India. Manakala asal “kuala” pula disebabkan dihujung kampung ini dahulunya terdapat sungai yang memisahkan di antara Perak dan Kedah. 

 

Bendera Negeri Kedah

bendera

 

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau dibawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning diatas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan,sementara bulan sabit adalah simbol agama islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya

 

 Lagu Negeri Kedah

ALLAH SELAMAT SULTAN MAHKOTA

BERPANJANGAN USIA DIATAS TAKHTA MEMELIHARA AGAMA NABI KITA

NEGERI KEDAH SERATA-RATA