telaga gergasi

'Telaga gergasi’ sedalam kira-kira 18 meter di Kampung Bagan Baharu yang berfungsi untuk mengawal kadar pengaliran air dari Sungai Ijok ke Tasik Bukit Merah.Dari sungai di atas sungai, dengan deruman terjunan air yang menggerunkan ianya telah dibina pada tahun 1936 oleh pihak British. Airnya dialirkan dari sungai atas sungai kemudian memasuki ke dalam Telaga Gergasi dan melalui saliran di bawah tanah lalu menembusi menjadi sungai bertemu ke sungai Ijok terus ke Tasik Bukit Merah

Gunung Bongsu

Terletak di dalam kawasan Hutan simpan Gunung Bungsu. Ketinggian Gunung Bungsu adalah 658 meter dengan puncaknya berada di Mukim Terap. Permandangan begitu menarik dari puncaknya dengan flora  dan fauna serta menikmati panorama indah di sekitarnya.Di sini terdapat kesan-kesan sejarah seperti kubu komunis. Bagi pengunjung yang ingin mencuba aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menunggang basikal dan motosikal, maka Gunung Bongsu akan memberi satu bentuk latihan dan cabaran yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Aliran sungai yang berliku- liku dan berjeram mampu menarik minat pengunjung datang ke sini.

 gunung

Sumber:
Majlis Perbandaran Kulim Kedah,
No 104-120 Lorong Kota Kenari 5/1,
Taman Kota Kenari,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-4905664 / 04-4907526 / 04-4906522
Faks : 04-4901443
Bebas Tol : 1800-880-42

 Tasik Seri Serdang

Tasik Seri Serdang ini berada di tengah-tengah Pekan Serdang. Jarak Tasik Seri Serdang ini dengan jalan utama Serdang adalah dianggarkan dalam 1km sahaja.Tasik ini, memberi kemudahan dan peluang kepada penduduk-penduduk kawasan berhampiran Serdang untuk menjalankan aktiviti reakreasi seperti berkelah dan berjogging.

DSCN8398 800x600DSCN8400 640x480DSCN8402 640x480DSCN8405 640x480

Puncak Gunung Bintang.

Jeram-Jeram dan air terjun turut menghiasi perjalanan semasa mendaki gunung ini. Program utama yang boleh di lakukan adalah merentas denai hutan sambil menyaksikan fauna dan flora, menjelajah gua serta mendaki gunung untuk menikmati panorama indah dari puncak gunung. Ketinggian mencecah 1,862 meter merupakan gunung tertinggidi banjarannya. Dari segi geografi nya puncak Gunung Bintang merupakan batu sempadan t bagi daerah di dua negeri.Ini bermakna sekira pengunjung berjaya sampai ke kemuncaknya, maka mereka telah berada di Daerah Baling dan Daerah Kulim di negeri kedah  dan Daerah Ulu Perak dan Daerah Selama di negeri Perak pada suatu masa yang sama

GUNUNGBONGSU