MEE REBUS “PAK BAROM” SELAMA KEDAH
Pekan Selama, Perak bermula dari pertengahan tahun 1850 dikaitkan dengan Larut dan Matang adalah telah lama maju jika dibanding dengan tempat lain di Tanah Melayu. Perang Larut, Pembinaan Jalan Keretapi yang pertama di antara Port Weld (Kula Sepetang) dengan Taiping telah membuatkan tempat ini lebih bersejarah dari Kuala Lumpur. Ringkasan cerita ianya bersempadan pula dengan Selama di Kedah. Tak jauh, jadi kita sebut SELAMA KEDAH dan di situ terdapat sebuah restoran/kedai makan di panggil “mee rebus Pak Barom”.
Sejarahnya Pak Barom dua beradik telah mula meniaga makanan di situ lebih kurang 60 tahun yang lalu. Setelah kematiannya, anak saudaranya yang bernama Mat telah mengambil-alih tempat ini dan memindahkannya ketempat yang lebih besar iaitu disebelah hadapan kedai lama. Kedai ini disewa daripada seorang ceti. Aneka jenis mee, nasi lemak, roti canai, kuih-muih terutama pulut panggang dan minuman tersedia untuk pengunjung yang datang. Rasanya memang sangat sedap,lazat dan menepati citarasa para pelanggan.Setiap pelanggan yang datang pasti terpanggil untuk datang lagi apabila mengenangkan keenakkan makanannya. Jika berkunjung ke sana sila order mee rebus sepinggan, harganya cuma rm2.40 shj tapi rasanya sangat sedap.