Tarikh | : 8 Januari 2021 (Jumaat) |
Masa | : 9.00 AM hingga 12.30 PM |
Peserta | : 26 orang |
Lokasi |
: GIATMARA Larut |
Tujuan :
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri seramai 26 peserta dari GIATMARA Larut. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide Klik Dengan Bijak modul Oversharing, Maklumat Palsu, Penipuan Internet dan Buli Siber. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.