Tarikh | : 29 Julai 2021 (KHAMIS) |
Masa | : 9.00 PM hingga 11.00 PM |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : Zoom Meeting |
Tujuan :
Bengkel Usahawan Digital PIK (Yezza) diadakan untuk peserta dari kalangan penduduk setempat, bertujuan untuk memberi penerangan tentang Pertandingan Usahawan Digital PIK yang akan disertai peserta dan membantu peserta menjual produk menggunakan aplikasi penjualan atas talian.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan tentang Pertandingan Usahawan Digital PIK, seterusnya petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan kaedah penjualan dalam Yezza (www.yezza.io). Petugas menunjukkan cara-cara untuk memuat naik produk di laman Yezza dengan memasukkan keterangan dan cara-cara menguruskan kedai atas talian.