Tarikh | : 12 Januari 2022 (Rabu) |
Masa | : 3.00 PM hingga 5.00 PM |
Peserta | : 9 orang |
Lokasi |
: GIATMARA Mahang |
Tujuan :
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri seramai 9 peserta dari GIATMARA Mahang. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slaid Klik Dengan Bijak modul Oversharing, Maklumat Palsu, Penipuan Internet dan Buli Siber. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.