Tarikh | : 22 April 2022 (Jumaat) |
Masa | : 2.30 PM hingga 4.30 PM |
Peserta | : 8 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kursus Usahawan Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut Sesi 1/2022, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas menunjukkan cara-cara untuk mendaftar dan menguruskan perniagaan menggunakan perkhidmatan Yezza (www.yezza.com). Seterusnya peserta memuat naik produk dalam Yezza Store dengan meletakkan keterangan dan gambar produk.