Tarikh | : 21 Disember 2018 (JUMAAT) |
Masa | : 8.00 AM hingga 5.00 PM |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan :
Program JOM SIHAT bersama Pusat Internet dijalankan untuk memberi pengetahuan dan memupuk sikap warga setempat tentang cara hidup sihat dan pemakanan sihat serta menghebahkan kepada masyarakat mengenai kemudahan kesihatan yang disediakan di Pusat Internet Kg. Kuala Selama. Program dan taklimat berkaitan keselamatan pengambilan ubat dan penggunaan My Health yang disediakan boleh dimanfaatkan oleh komuniti seiring saranan untuk mewujudkan masyarakat sihat.
Aktiviti
Pengunjung hadir seawal jam 8:00 pagi untuk mendaftar. Pelbagai perkhidmatan, aktiviti dan pertandingan menarik disediakan dari pelbagai agensi jemputan seperti pemeriksaan kesihatan, senaman erobik, pertandingan makananan sihat, pertandingan mewarna poster, kuiz My Health, muat naik artikel My Komuniti, pameran kesihatan, ceramah kesihatan dan jualan makanan dan minuman. Aktiviti dijalankan serentak bermula jam 8:00 pagi hingga 12:300 tengahari. Peserta juga disediakan beg, cabutan bertuah, sarapan pagi dan makan tengahari. Majlis penutup bermula pada jam 11:30 tengahari untuk upacara merasmikan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan merasmikan Program JOM SIHAT bersama Pusat Internet Kg. Kuala Selama. Program diteruskan ke sebelah petang untuk pertandingan dan penyampaian hadiah untuk pertandingan label lokasi My Place, muat naik artikel My Health dan muat naik produk My Shop.