Tarikh | : 23 Ogos 2019 (JUMAAT) |
Masa | : 8.30 AM hingga 12.30 PM |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan :
Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Pusat Internet Kg. Kuala Selama dijalankan untuk memberi pengetahuan dan memupuk sikap warga setempat tentang cara hidup sihat dan pemakanan sihat serta menghebahkan kepada masyarakat mengenai kemudahan kesihatan yang disediakan di Pusat Internet Kg. Kuala Selama. Program dan taklimat berkaitan keselamatan pengambilan ubat dan penggunaan My Health yang disediakan boleh dimanfaatkan oleh komuniti seiring saranan untuk mewujudkan masyarakat sihat.
Aktiviti
Pengunjung hadir seawal jam 8:30 pagi untuk mendaftar. Pelbagai perkhidmatan, aktiviti dan pertandingan menarik disediakan dari pelbagai agensi jemputan seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, pertandingan masakan sihat, pertandingan mewarna poster, kuiz online, muat naik artikel My Komuniti, pameran kesihatan, taklimat kesihatan dan jualan makanan dan minuman. Aktiviti dijalankan serentak bermula jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengahari. Peserta juga disediakan beg, cabutan bertuah, sarapan pagi dan makan tengahari. Majlis penutup bermula pada jam 11:30 tengahari untuk upacara merasmikan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan merasmikan Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Pusat Internet Kg. Kuala Selama.