Tarikh | : 29 Oktober 2023 (Ahad) |
Masa | : 2:00 PM hingga 5:00 PM |
Peserta | : 12 orang |
Lokasi | : PKD Keda Dingin |
Tujuan :
Kelas usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan usahawan setempat, bertujuan untuk membantu peserta mengetahui teknik pemasaran dan penjualan produk secara atas talian melalui TikTok Shop/Seller.
Aktiviti :
Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan kaedah penjualan dalam TikTok Seller (seller-my.tiktok.com). Seterusnya, peserta mendaftar TikTok Seller dan mula memasukkan produk masing-masing di beg kuning TikTok dengan bantuan pengajar.
Tarikh | : 26 Oktober 2023 (Khamis) |
Masa | : 9:30 AM hingga 12:30 PM |
Peserta | : 17 orang |
Lokasi | : PKD Keda Dingin |
Tujuan :
Diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA KBB, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi di smartphone sebagai platform untuk membuat pemasaran perniagaan.
Aktiviti :
Pengajar memberikan penerangan tentang cara penggunaan dan fungsi aplikasi Snapseed dan peserta diberikan tugasan untuk mengambil dan menyunting gambar menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut dengan bantuan pengajar. Seterusnya, peserta membuat pembentangan tentang gambar yang telah disunting mengikut kumpulan masing-masing.
Tarikh | : 17 Oktober 2023 (Selasa) |
Masa | : 2:30 PM hingga 4:00 PM |
Peserta | : 10 orang |
Lokasi | : PEDi Kg. Sg. Batu |
Tujuan :
Kelas Usahawan Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GiatMARA Kulim/Bandar Baharu Sesi 2/2023 yang bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti :
Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office Word serta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan.
Tarikh | : 25 Oktober 2023 (Rabu) |
Masa | : 8:00 PM hingga 2:00 PM |
Peserta | : 25 orang |
Lokasi | : SK Sri Selama |
Tujuan :
Mengadakan aktiviti berkaitan dengan Klik Dengan Bijak, STEM serta Word Search bersama para pengunjung Sambutan Hari Kanak-kanak bagi mempromosi aktiviti dan program yang dijalankan di PEDi yang berdekatan.
Aktiviti :
Peserta menyertai aktiviti kuiz tentang keselamatan dan perlindungan di Internet, cara menggunakan aplikasi Bridge Builder dengan menyusun mengikut coding yang tepat serta pertandingan word search yang berkaitan dengan ICT.
Tarikh | : 14 Oktober 2023 (Sabtu) |
Masa | : 8.00 AM hingga 2.00 PM |
Peserta | : 50 orang |
Lokasi | : Dewan MDS Selama, Perak |
Tujuan :
Mengadakan aktiviti berkaitan dengan Klik Dengan Bijak, STEM serta Word Search bersama para pengunjung Karnival Selamanya Dihati bagi mempromosi aktiviti dan program yang dijalankan di PEDi yang berdekatan.
Aktiviti :
Peserta menyertai aktiviti kuiz tentang keselamatan dan perlindungan di Internet, cara menggunakan aplikasi Bridge Builder dengan menyusun mengikut coding yang tepat serta pertandingan word search yang berkaitan dengan ICT.