Tarikh :  1 November 2018 (KHAMIS)
Masa :  9.00 AM hingga 10.00 AM
Peserta :  3 orang
Lokasi :  PI Kg. Kuala Selama


Tujuan :

Kursus Asas Usahawan diadakan untuk belia dari kalangan ahli Pusat Internet Kg. Kuala Selama, bertujuan untuk membantu peserta menggunakan platfrom atas talian untuk menjual produk masing-masing.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan cara menggunakan salah satu platform jualan atas talian, Shopee (www.shopee.com). Peserta memasukkan maklumat produk mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh petugas.

Gambar disini

Tarikh :  26 Oktober 2018 (JUMAAT)
Masa :  10.00 AM hingga 1.00 PM
Peserta :  4 orang
Lokasi :  PI Kg. Kuala Selama


Tujuan :

Kursus Asas Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan belia ahli Pusat Internet Kg. Kuala Selama, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan aplikasi Microsoft Excel.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office Excel, peserta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan.

Gambar disini

Tarikh :  18 Oktober 2018 (KHAMIS)
Masa :  9.00 AM hingga 1.00 PM
Peserta :  10 orang
Lokasi :  PI Kg. Sungai Batu


Tujuan :

Kursus Usahawan Muda diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Mahang, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office Word, peserta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan.

Gambar disini

Tarikh :  20 Oktober 2018 (SABTU)
Masa :  2.30 PM hingga 4.30 PM
Peserta :  6 orang
Lokasi :  PI Kg. Kuala Selama


Tujuan :

Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun, kelas tuisyen ini bertujuan untuk membantu peserta mengulangkaji pelajaran dengan mudah secara atas talian.

Aktiviti

Petugas memberikan tugasan kepada peserta untuk menyelesaikan quiz yang dipilih di platform Quizizz (www.quizizz.com). Kesemua peserta diberikan kuiz Bahasa Melayu berdasarkan tahun dan tahap masing-masing. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta berkenaan penyelesaikan soalan quiz yang diberikan bersama-sama.

Gambar disini

Tarikh :  16 Oktober 2018 (SELASA)
Masa :  2.30 PM hingga 5.30 PM
Peserta :  28 orang
Lokasi :  SAR Selama


Tujuan :

Bengkel Advokasi KLIK DENGAN BIJAK diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada media sosial pada masa sekarang. Bengkel ini juga bertujuan untuk mangajar penggunaan internet secara berhemah berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Aktiviti

Bengkel ini dihadiri seramai 28 orang peserta terdiri daripada pelajar dari Sekolah Agama Rakyat Selama, Kedah. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide KLIK DENGAN BIJAK (Maklumat Palsu, Online Grooming, Oversharing dan Buli Siber).

Gambar disini