Tarikh :  8 Ogos 2018 (RABU)
Masa :  02:00 PM hingga 04:00 PM
Peserta :  45 orang
Lokasi

:  SEK KEB MAHANG, KEDAH

Tujuan :

Bengkel Advokasi KLIK DENGAN BIJAK diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada media sosial pada masa sekarang. Bengkel ini juga bertujuan untuk mangajar penggunaan internet secara berhemah berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Aktiviti

Bengkel ini dihadiri seramai 45 orang pelajar tahun 4 Sek.Keb. Mahang. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide KLIK DENGAN BIJAK (Maklumat Palsu, Online Grooming, Oversharing dan Buli Siber). Selepas penerangan, bengkel diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan kuiz bagi menguji kefahaman para pelajar.

Gambar disini

Tarikh :  4 Ogos 2018 (AHAD)
Masa :  02:00 PM hingga 05:00 PM
Peserta :  2 orang
Lokasi

:  PI KG. KUALA SELAMA

Tujuan :

Dihadiri oleh ahli Pusat Internet, kelas ini untuk membantu peserta menyiapkan kerja sekolah dan membuat ulangkaji pelajaran secara online.

Aktiviti

Petugas membantu peserta menggunakan enjin carian mencari laman web yang menyediakan kandungan sesuai untuk membuat ulangkaji dan ulangkaji pelajaran.

Gambar Disini

Tarikh :  2 Ogos 2018 (KHAMIS)
Masa :  02:00 PM hingga 05:00 PM
Peserta :  3 orang
Lokasi

:  PI KG. KUALA SELAMA

Tujuan :

Melatih peserta tentang penggunaan komputer dan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Ofiice (Word).

Aktiviti

Peserta diberikan tugasan menaip dokumen dan menyiapkan kerja sekolah menggunakan Microsoft Office (Word). Petugas menunjukkan berberapa tools yang tersedia untuk memudahkan peserta menyiapkan tugasan.

Gambar Disini

Tarikh :  4 Ogos 2018 (SABTU)
Masa :  10:00 AM hingga 03:00 PM
Lokasi
  1. :  MYDIN MALL BUKIT MERTAJAM

Tujuan :

Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku bersempena Bulan Kemerdekaan diajurkan oleh Jabatan Penerangan untuk membuat rakyat Malaysia kembali mengenang sejarah tanah air.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan program tersebut antaranya pameran sejarah negara, pameran raja, pameran koleksi logo hari kebangsaan, sudut karikatur, persembahan pentarama, kuiz kenegaraan, suduh tayangan multimedia dan video kenegaraan serta layar bestari. Selain itu, orang ramai turut serta menyertai pelabagai aktiviti menarik di booth yang dibuka dari beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Gambar Disini

Tarikh :  1 Ogos 2018 (RABU)
Masa :  10:00 AM hingga 12:00 PM
Peserta :  2 orang
Lokasi

:  PI KG. KUALA SELAMA

Tujuan :

Memohon jawatan kosong kerajaan secara atas talian melalui beberapa platform seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan JobsMalaysia.

Aktiviti

Peserta memohon jawatan kosong di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (www.spa.gov.my) dan JobsMalaysia (www.jobsmalaysia.gov.my) dengan bantuan petugas. Petugas menunjukkan cara-cara untuk mendaftar dan memasukkan maklumat diri dengan cara yang betul.

Gambar Disini