BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Putri Nur Balqis Binti Ridzuan
Umur : 9 Tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Adik Putri Balqis adalah pengunjung yang sering berkunjung ke pejabat daerah bagi urusan tertentu. Adik Balqis sangat bertuah kerana Pusat Internet 1Malaysia Kuala Selama bersebelahan dengan rumahnya. Oleh itu, setiap petang selepas pulang dari sekolah, dia bersama dua orang sepupu akan pergi ke Pusat Internet 1Malaysia Kuala Selama untuk belajar menggunakan komputer dan internet.  Cikgu Amila akan pastikan kami tidak hanya menonton Youtube atau bermain permainan komputer semata-mata, tetapi cikgu akan suruh kami bermain permainan komputer yang berfaedah.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, adik Balqis belum pernah menggunakan program2 yang ada di pim Contohnya, UPTOTEN (belajar menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan betul), YOUTUBE (mendengar dan menyanyi lagu Bahasa Inggeris, belajar mengira, Iqra), dan PAINT (Melukis dan mewarna).  Oleh itu, apabila saya ke sekolah, saya menjadi lebih cekap dan mudah faham apa yang dipelajari di sekolah kerana telah membuat ulangkaji bersama Cikgu Amila di Pusat Internet 1Malaysia Kuala Selama.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari cara penggunaan internet, saya menjadi lebih berminat untuk belajar terutamanya Bahasa Inggeris.  Saya dapat belajar Bahasa Inggeris dengan lebih baik secara melihat, mendengar dan kemudian bertutur perkataan Bahasa Inggeris setiap hari melalui Youtube dan laman sesawang Bahasa Inggeris.  Cikgu Amila akan memastikan saya dapat menghafal satu perkataan Bahasa Inggeris setiap hari dan cikgu akan bertanyakan semula pada keesokan harinya.

Pada mulanya saya agak takut untuk pergi ke Pusat Internet 1Malaysia Kuala Selama kerana saya tidak pernah menggunakan komputer dan internet. Kebiasaannya saya hanya mengikut kawan.  Saya melihat kawan saya menggunakan komputer, saya juga ingin menggunakan komputer.  Setelah mendaftar sebagai ahli, saya diberitahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa menggunakan internet (KDB) oleh cikgu di situ. Cikgu disitu sangat baik dan sentiasa membantu saya sekiranya ada apa-apa yang saya tidak tahu dengan baik.  Sekarang, saya tidak takut lagi untuk pergi ke PI dan menggunakan komputer dan internet.