PRODUK MAKANAN (PEKASAM HAKAK MANEH, BURGER IMAN ACAI, AIR SUEKA DAN GOLDEN SALTED EGG PEYEK)

Nama : Hasimah binti Ghazali
Umur : 33 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Puan Hasimah merupakan seorang usahawan burger di Selama, Kedah dan mempunyai sebuah gerai burger yang beroperasi dari jam 5:30pm sehingga 11:00pm. Beliau dan suami sama-sama berniaga dan turut menjual produk makanan serta minuman lain dalam masa yang sama. Beliau telah berniaga hampir 5 tahun di kawasan Selama Kedah ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebiasaannya beliau hanya bergantung kepada pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli burger. Hasil jualan juga kurang memberangsangkan kerana hanya bergantung kepada penduduk setempat yang tahu dan datang membeli di gerai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai bengkel-bengkel keusahawanan dan  kelas-kelas asas komputer di pusat internet, beliau mula membuat promosi melalui aplikasi Whatsup dan membuka akaun Facebook. Selain itu, turut menyediakan khidmat penghantaran dan menerima tempahan secara atas talian. Bagi mempelbagaikan lagi produk jualan, beliau turut menjadi agen dan dropship beberapa produk makanan seperti Pekasam Hakak Maneh, Air Sueka, Golden Salted Egg Peyek dan Daging Hitam yang turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

hasimah 1hasimah 2