PERNIAGAAN BURGER DAN JUGA GERAI MAKANAN DAN MINUMAN (PERNIAGAAN KELUARGA)
Nama | : Muhammad Badrol Farhad bin Bahadom |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Encik Muhammad Badrol adalah seorang pelajar lepasan SPM dan menunggu untuk menyambung pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi. Beliau merupakan anak sulong dan mempunyai 4 orang adik. Kedua ibubapa beliau bekerja sendiri. Bapanya adalah seorang tukang rumah dan ibunya pula membuat kuih muih, makanan dan minuman untuk dijual. Sementara menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran, beliau membantu keluarga dengan menjual burger di rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kebiasaannya beliau hanya bergantung kepada pelanggan yang datang ke rumahnya untuk membeli burger. Hasil jualan juga kurang memberangsangkan kerana hanya bergantung kepada penduduk setempat yang tahu dan datang membeli di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai bengkel-bengkel keusahawanan dan kelas-kelas asas komputer di pusat internet, beliau mula membuat promosi melalui aplikasi Whatsup dan membuka akaun Facebook. Selain itu, turut menyediakan khidmat penghantaran dan menerima tempahan secara atas talian bagi menambah pendapatan. Selain menjual burger, beliau juga turut membantu ibunya berniaga makanan dan minuman seperti laksa, bihun sup dan mi kari.