USAHAWAN Makanan Dan Kek
Nama | : Nor Zarina Bt Hj Mohd Ali |
Umur | : 51 tahun |
Ahli | : 2013 |
Latar belakang
43 tahun, Perempuan, SPM, Usahawan Makanan Puan Zarina usahawan makananan, kuih tradisional dan kek di daerah Kg.Kuala Selama dan Serdang .Beliau bermula dengan membuat kuih-muih dan kerepek di rumah.Disebelah malam, beliau menjual burger di kawasan rumah. Untuk memperkenalkan produk jualan, anak-anak menyuruhya untuk membuka akaun FB dimana boleh memperkenalkan produk jualan dengan lebih meluas. Pada mulanya, hanya menjual kuih muih di dalam kawasan Selama, dan Serdang sahaja. Sejak mempunyai akaun FB, ramai kawan yang turut membantu mempromosikan kuih muih yang saya buat. Sejak itu, tempahan kuih semakin banyak dan meluas seperti Langkawi, Alor Setar, Ipoh dan tempat-tempat lain lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Zarina merupakan usahawan kecil sederhana (IKS) yang mempunyai beberapa aset uang diberikan oleh pihak RISDA, Beliau mengusahakan perniagaannya disekitar daerah Serdang dan Kg.Kuala Selama seperti rumah dan bangunan kedai. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan atau melakukan hasil jualan beliau di kedai atau di kawasan sekitar dan bazar dan pasar malam.Beliau menggunakan kaedah pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI Kg. Kuala Selama bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI KG. Kuala Selama, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Zarina tetap berkunjung ke PI Kuala Selama bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusan dan mengembangkan lagi perniagaan beliau secara lebih meluas.