USAHAWAN KECIL MAKANAN, MINUMAN DAN SANTAN SEGAR.
Nama | : Abdul Manaf Bin Abd Majid |
Umur | : 74 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Abdul Manaf b Abd Majid atau lebih selesa dengan panggilan Pak Caq ialah seorang pesara kerajaan dan telah memulakan perniagaan sejal 10 tahun yang lalu. Beliau bermula dengan perniagaan kedai makan di kawasan Kulim. Kemudian berpindah ke Kg. Kuala Selama dan mula menjual makanan dan minuman ringan di sekolah-sekolah, pasar minggu dan mempunyai sebuah kedai menjual santan segar .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Hasil jualan tidak menentu kerana bergantung kepada musim tertentu dan permintaan pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjelasan Pak Caq dalam penggunaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet IMalaysia Kg Kuala Selama Kedah.Setelah menggunakan telefon pintar beliau banyak membuat promosi melalui perkhidmatan whatsapp kerana dengan whatsapp lebih mudah untuk mengambil tempahan dan memasarkan barang jualan serta meklumat daripada kumpulan-kumpulan whatsapp yang ada.
Pak Caq dapat memepelajari cara menggunakan aplikasi whatsapp dengan betul, beliau juga mempelajari cara mendapatkan maklumat perniagaan mneggunakan internet (Google Search, Youtube dan lain-lain). Selain itu dapat mempelajari cara mengambil tempahan melalui Whatsapp dan mempelajari juga cara membuat kertas kerja dan merekod akaun perniagaan ( Mic. Off. (Word) Mic. Off. Excel)
Kata beliau lagi dengan bantuan daripada kakitangan PI Kuala Selama,pemasaran perniagaan semakin baik terutamanya perniagaan santan segar kerana pihak PI turut mempromosikan perniagaan saya dengan orang ramai melalui whatsapp dan flyers yang diletakkan di PI.
Saya bersyukur dengan kewujudan PI didalam Kampung Kuala Selama dimana amat memberi faedah dan manfaat kepada penduduk di sekitar Selama Kedah dan Selama Perak.Faedah kepada saya ialah sebagai tempat rujukan dan mohon bantuan sekiranya saya tidak tahu dan faham dengan teknologi sekarang yang semakin canggih dan sukar untuk saya belajar di peringkat umur saya sekarang. Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kuala Selama banyak membantu saya untuk memajukan lagi perniagaan saya.