USAHAWAN IKS - (Usahawan Perabot Dan Kedai Makan-Dyumania Corner)
Nama | : AZMI BIN KASSIM |
Umur | : 57 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
En.Azmi atau dikenali sebagai Pak Jang dikalangan penduduk Kampung Kuala Selama menjalankan 2 perniagaan yang berlainan iaitu usahawan perabot dan juga kedai makan. Perniagaan perabot diuruskan oleh En.Azmi di belakang rumahnya manakala perniagaan kedai makan dibantu oleh isteri dan anak-anak serta 2 orang pekerja. |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tempahan perabot agak tidak memberansangkan. Kebiasaanya tempahan sedikit sahaja dan tidak menentu.Perniagaan kedai makan saya agak baik memandangkan saya mempunyai regular customer dan pelanggan yang baru. |
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perniagaan perabot saya agak merisaukan, sedar akan kaedah pemasaran semasa, oleh itu saya meminta bantuan kakitangan PI untuk membantu saya mempromosikan perkhidmatan membuat perabotnya. Pihak PI mencadangkan supaya saya membuat flyers untuk diberi kepada pelanggan di kedai makan dan juga di program-program anjuran Majlis Daerah Bandar Baharu serta program PI Kuala Selama. Dengan cara ini, tempahan perabot semakin bertambah dan pendapatan juga bertambah.
Sejak flyers diedarkan , tempahan perabot semakin bertambah dari masa ke semasa. Disamping itu, perniagaan kedai makan juga turut semakin maju kerana ada pelanggan yang berkongsi tempat (share location) di dalam akaun FB mereka secara tidak langsung menarik lebih ramai pengunjung ke kedai makan saya. En. Azmi amat berterima kasih di atas kerjasama dan bantuan daripada pihak PI Kuala Selama untuk mempromosikan perniagaannya. Berharap PI Kuala Selama akan terus beroperasi untuk faedah generasi akan datang. |