USAHAWAN TUDUNG SEPENUH MASA, ATAS TALIAN KEROPOK LEKOR , SOS DAN PENIAGA BURGER
Nama | : Noor Azlina Binti Mohamad Tajari |
Umur | : 40 tahun |
Ahli | : 2013 |
Latar belakang
Puan Azlina dan suami menjadikan perniagaan tudung di pasar-pasar pagi dan pasar malam sebagai punca pendapatan sekeluarga. Beliau juga mempromosi produk beliau secara online melalui Facebook dan Whatapps. Selain berniaga tudung, beliau dan suami juga membuka gerai burger di Selama, Perak di sebelah malam dan menjual Keropok lekor beserta sos secara online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1,000 – RM2,000 sahaja sebulan. Jualan tudung dan keropok lekor pula tidak menentu. Bergantung kepada trend dan permintaan pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kuala Selama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau berjaya menjual produk beliau di sekitar Selama, Perak, Serdang, Kulim, Bandar Baharu dan juga Pulau Pinang yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM3500.