Tarikh | : 8 Januari 2021 (Jumaat) |
Masa | : 9.00 AM hingga 12.30 PM |
Peserta | : 26 orang |
Lokasi |
: GIATMARA Larut |
Tujuan :
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri seramai 26 peserta dari GIATMARA Larut. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide Klik Dengan Bijak modul Oversharing, Maklumat Palsu, Penipuan Internet dan Buli Siber. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.
Tarikh | : 14 Januari 2021 (Khamis) |
Masa | : 9.00 AM hingga 12.00 PM |
Peserta | : 6 orang |
Lokasi | : PI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Bengkel Usahawan Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut Sesi 2 2020, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Dengan menggunakan akaun Gmail yang telah dibuka, peserta cuba memuat video di akaun YouTube masing dengan tunjuk ajar petugas. Seterusnya petugas menunjukkan cara-cara untuk memuat naik produk dalam Facebook Marketplace seperti meletakkan keterangan dan gambar.
Tarikh | : 6 Januari 2021 (Rabu) |
Masa | : 9.00 AM hingga 12.00 PM |
Peserta | : 6 orang |
Lokasi | : PI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Bengkel Usahawan Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut Sesi 2 2020, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi penyuntingan video Wondershare Filmora, peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu video menggunakan bahan yang di muat turun dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 7 Januari 2021 (Khamis) |
Masa | : 9.00 AM hingga 12.00 PM |
Peserta | : 6 orang |
Lokasi | : PI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Bengkel Usahawan Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut Sesi 2 2020, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Canva (www.canva.com), peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu poster menggunakan Canva dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 23 Disember 2020 (Rabu) |
Masa | : 10.00 AM hingga 12.00 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas E-Learning ini bertujuan untuk membantu peserta belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan mudah secara atas talian.
Aktiviti
Petugas membantu pengguna OKU pendengaran belajar bahasa isyarat melalui video di Youtube.