Tarikh :  6 Februari 2020 (KHAMIS)
Masa :  9.00 AM hingga 1.00 PM
Peserta :  8 orang
Lokasi :  PI Kg Sungai Batu


Tujuan :

Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Mahang Sesi 1 2020, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

Aktiviti

Petugas memberikan pengenalan komputer seperti ciri-ciri dan aplikasi yang terdapat dalam komputer. Untuk pengenalan komputer petugas menunjukkan cara-cara melayari internet. Seterusnya, peserta membuat pendaftaran baru e-mel (Gmail) dengan bantuan petugas.

Gambar disini

Tarikh :  5 Februari 2020 (RABU)
Masa :  9.00 AM hingga 1.00 AM
Peserta :  35 orang
Lokasi

:  GIATMARA Larut

Tujuan :

Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.

Aktiviti

Bengkel ini dihadiri seramai 45 peserta dari GIATMARA Larut. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide Klik Dengan Bijak modul Oversharing, Maklumat Palsu, Penipuan Internet dan Buli Siber. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.

Gambar disini

Tarikh :  27 Januari 2020 (ISNIN)
Masa :  3.00 PM hingga 5.00 PM
Peserta :  8 orang
Lokasi :  PI Kg. Kuala Selama


Tujuan :

Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah, kelas E-Learning ini bertujuan untuk peserta membuat aktiviti menaip KidzType bagi membantu pelajar mahir menaip menggunakan komputer.

Aktiviti

Petugas memberikan latihan menaip kepada peserta menggunakan laman web latihan menaip KidzType.

Gambar disini

Tarikh :  18 Januari 2020 (SABTU)
Masa :  9.00 AM hingga 5.00 PM
Peserta :  14 orang
Lokasi :  PI Serdang


Tujuan :

Bengkel Shopee (Basic to Advance) diadakan untuk peserta dari kalangan ahli Pusat Internet, bertujuan untuk membantu peserta menjual produk menggunakan Shopee aplikasi penjualan atas talian.

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan kelebihan kaedah penjualan dalam Shopee (www.shopee.com.my). Petugas menunjukkan cara-cara untuk memuat naik produk dalam Shopee dengan memasukkan keterangan dan cara-cara menguruskan kedai atas talian.

Gambar disini

Tarikh :  23 Januari 2020 (KHAMIS)
Masa :  3.00 PM hingga 5.00 PM
Peserta :  8orang
Lokasi :  PI Kg. Kuala Selama


Tujuan :

Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah, kelas E-Learning ini bertujuan untuk membantu peserta mengulangkaji pelajaran dengan mudah secara atas talian.

Aktiviti

Petugas memberikan tugasan kepada peserta untuk menyelesaikan permainan sifir matematik dalam talian (www.mathplayground.com). Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta dan sama-sama menyelesaikan soalan yang diberikan bersama-sama.

Gambar disini