Tarikh | : 30 Disember 2019 (ISNIN) |
Masa | : 2.00 PM hingga 4.00 PM |
Peserta | : 17 orang |
Lokasi | : PI Kg Sungai Batu |
Tujuan :
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Peserta menyambung akitiviti penyunting video seterusnya membuat pembentangan video produk masing-masing yang telah siap.
Tarikh | : 29 Disember 2019 (AHAD) |
Masa | : 2.00 PM hingga 4.00 PM |
Peserta | : 17 orang |
Lokasi | : PI Kg Sungai Batu |
Tujuan :
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi penyuntingan video Wondershare Filmora, peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu video menggunakan bahan yang di muat turun dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 13 Disember 2019 (JUMAAT) |
Masa | : 3.00 PM hingga 5.00 PM |
Peserta | : 4 orang |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan :
Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah, kelas e-learning ini bertujuan untuk membantu peserta mengulangkaji pelajaran dengan mudah secara atas talian dan menaip Typing Master membantu pelajar mahir menaip menggunakan komputer.
Aktiviti
Petugas memberikan tugasan kepada peserta untuk menyelesaikan permainan matematik dalam talian (www.mathplaygroung.com). Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta dan sama-sama menyelesaikan soalan yang diberikan bersama-sama. Petugas juga memberikan latihan menaip kepada peserta menggunakan aplikasi latihan menaip Typing Master.
Tarikh | : 13 Disember 2019 (JUMAAT) |
Masa | : 3.00 PM hingga 5.00 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas Mahir Komputer diadakan untuk ahli Pusat Internet Kg. Kuala Selama, bertujuan untuk membantu peserta mahir menggunakan komputer dan internet.puter.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang cara penggunaan dan peralatan dalam Microsoft Office Excel, peserta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan peralatan yang ditunjukkan.
Tarikh | : 14 Disember 2019 (SABTU) |
Masa | : 11.00 AM hingga 12.00 PM |
Peserta | : 6 orang |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas Menaip Kidztype diadakan untuk ahli Pusat Internet Kg. Kuala Selama, bertujuan untuk membantu peserta mahir menaip menggunakan komputer.
Aktiviti
Petugas memberikan latihan menaip kepada peserta menggunakan permainan menaip dari Kidztype (www.kidztype.com).