ILES

 

Kursus Intel® Learn Easy Steps ini, anda akan mempelajari asas penggunaan komputer melalui siri pelajaran mudah. Dalam modul awal kursus, anda akan diperkenalkan kepada cara komputer beroperasi serta aplikasi perisian asas. Untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok dan berfaedah, modul-modul berikutnya menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan tema pekerjaan dan keusahawanan. Anda akan mempelajari cara menggunakan komputer dengan melakukan aktiviti yang akan membantu anda membangunkan kemahiran teknologi serta menunjukkan cara menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian, pekerjaan atau membuka perniagaan kecil. Kursus ini terbuka kepada semua peringkat umur.  Sijil turut diberi kepada peserta setelah tamat kursus ini.

Baru-baru ini, Kelas Asas Komputer dan Internet dengan menggunakan silibus ILES telah dijalankan seperti berikut :-

                                      Tarikh        :  19 & 20 September 2017

                                       Masa        :  9:00 pagi - 1:00 tengahari

                                      Tempat      :  SK Sg. Batu

                                      Bil. Pelajar :  15 orang

 

 

 

 

Tarikh : 13 September 2017
Masa : 9:30 am - 1:00 pm
Lokasi : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG. KUALA SELAMA
Peserta : 5 orang
Tujuan 

Kelas Asas Komputer dan Internet  diwujudkan untuk meningkatkan keupayaan persaingan dari segi pengetahuan dalam penggunaan komputer di kalangan pengguna dan ahli pusat internet.

Selain dapat meningkatkan daya pengetahuan dan kreativiti khususnya masyarakat luar bandar, kelas ini juga dapat mengekalkan ekonomi berasaskan perkhidmatan yang diperolehi daripada pengetahuan dan kemahiran ICT untuk membina suatu asas pemerkasaan sosio-ekonomi ke arah sebuah masyarakat sivil dan berdaya saing.

Aktiviti 

-Menyiapkan kerja kursus

-Membuat rujukan dan mendapatkan maklumat melalui Google Search

-Menaip soalan maklumbalas untuk subjek Sains

-Membuat ulangkaji pelajaran melalui website EZLEARN

Peserta yang terlibat :-

1/ AMNI WAHIDA BT MOHD KASSIM

2/ SITI HANISAH BT MOHAMAD SAFAR

3/ UTHEYAN A/L NAGENDRAN

4/ ZAINAB BT JAMAIZON

5/ NUR FATIHAH AISYAH BT JAMAIZON

Gambar Disini


 

sgbatu 17

Sambutan yang bermula dengan acara nyanyian lagu Negaraku itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotik di kalangan pelajar dan golongan belia disini di samping memupuk perpaduan bagi sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum seperti Malaysia.

Kemudian diikuti dengan acara pembacaan Rukun Negara bertujuan mengingatkan pelajar dan warga sekolah tentang kepentingannya sebagai asas kepada pembinaan negara dan perlu dihormati oleh semua kaum di negara ini.

 
 

 

Tarikh

: 28 0GOS 2017
Masa : 9.00 pagi - 12.30 petang
Lokasi : PI1M Kg.Sg. Batu
Peserta : 30 Orang
 
Tujuan   
 
Program diadakan adalah untuk bertujuan menerapkan nilai-nilai kemerdekaan dikalangan para remaja,
kanak-kanak dan juga golongn dewasa.
Semangat cintakan negara dan memahami erti kemerdekaan perlu diterapkan kepada golongan muda di negara ini
semenjak di bangku sekolah rendah bagi memastikan perpaduan dan keharmonian negara terus dikekalkan.
Golongan belia ,kanak-kanak  perlu didikan dan difahamkan mengapa kita menyambut bulan kemerdekaan di negara ini.
 
 
   
Aktiviti
 
  • mewarna
  • membuat poster menggunakan aplikasi CANVA
  • menaip pantas
  • silangkata
 
Gambar Disini  

 

IMG 9009 800x600


 

Tarikh :24 OGOS 2017
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang
Lokasi : DEWAN SRI SERDANG SERDANG KEDAH
Peserta : 155 ORANG
Tujuan 

 Program dimulakan dengan sesi pertama iaitu Seminar Etika, Imej, Integriti dan Personaliti Usahawan Milenia yang disampaikan oleh Pakar Industri Negara, Puan Noraida Yahya merangkap bos N’ Sasia.

Ceramah percuma sahaja. Sasaran peserta adalah sebanyak 200 orang, tapi rasanya yang hadir tadi tak sampai 200 pun. Mungkin tak banyak sangat promosi. Tapi katanya syarikat Amanah Ikhtiar saja sudah menghantar hampir 80 orang.Ceramah ni lebih banyak tekankan tentang imej dan personaliti yang perlu ada dalam diri seorang usahawan.

   

Aktiviti

 Ada pertandingan masakan sempena kemerdekaan rasanya. Peserta sudah masak siap-siap di rumah dan hari ini cuma hidangkan sahaja makanan untuk diadili.

Ada kek, puding, lauk-pauk yang dipertandingan.

Terdapat juga booth yang lain termasuklah khidmat solekan, servis motosikal dan booth pameran daripada jabatan dan agensi. Kemudian seperti program-program yang lain sudah tentulah ada sesi penyampaian sijil dan cenderahati. Makanan pun turut disediakan.

Gambar Disini


 

 

IMG 20170818 WA0052

 Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.Juga di dedahkan cara -cara untuk mendapatkan like yang banyakdaripada penggunaan facebook.. Ini merupakan salah satu cara untuk pemasaran produk.
 

 

 

Tarikh :14 OGOS 2017
Masa : 10.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : SMK Sri Nibong Tebal Pulau Pinang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Untuk lebih pendedahan terhadap pengiklanan produk secara atas talian dengan cara "bina branding" dan "awareness", cara untuk bina followers, cara untuk mendapat likes yang banyak.. Semua teknik ini adalah untuk pengenalan dalam membangunkan perniagaan atas talian menggunakan kaedah facebook

   
Aktiviti
  •   KENALI BRAND
  •   teknik pengenalan dan pemilihan logo produk
  •   teknik meningkatkan jualan dengan likes
  •   fb ads
Gambar Disini