Tarikh :  10 September 2024 (Selasa)
Masa :  4:00 PM hingga 5:00 PM
Peserta :  10 orang
Lokasi NADI Kg Sg Batu

 

Tujuan :

Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Kulim/Bandar Baharu Sesi 2/2023, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

Aktiviti

Petugas hanya menerangkan kelebihan dan cara penggunaan Marketplace seperti memasukkan keterangan, gambar dan lokasi produk yang ingin dijual.

Gambar disini

 

Tarikh :  10 September 2024 (Selasa)
Masa :  2:00 PM hingga 4:00 PM
Peserta :  10 orang
Lokasi NADI Kg Sg Batu

 

Tujuan :

Kelas ini adalah untuk membantu usahawan untuk belajar dan mengetahui apa itu Artificial Intelligence (AI) dan usahawan dapat menggunakan beberapa Ai tools untuk perniagaan mereka.

Aktiviti

Petugas telah menerangkan secara ringkas apa itu Ai dan menunjuk ajar cara untuk menggunakan AI tools untuk berniaga seperti ChatGPT, Microsoft Copilot, dan lain-lain.

Gambar disini

 

Tarikh :  8 September 2024 (Ahad)
Masa :  10:00 AM hingga 12:00 PM
Peserta :  1 orang
Lokasi NADI Kg Kuala Selama

Tujuan :

Kelas ini diadakan untuk peserta dari pelajar sekolah, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan Canva aplikasi suntingan gambar.

Aktiviti :

Pengajar memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Canva. Seterusnya, peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu poster bertemakan Malaysia Merdeka menggunakan Canva dengan bantuan pengajar.

Gambar disini

Tarikh :  9 September 2024 (Isnin)
Masa :  3:00 AM hingga 4:00 PM
Peserta :  2 orang
Lokasi NADI Kg Kuala Selama

Tujuan :

Bertujuan untuk menguji peserta tentang kemahiran berfikir secara STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) untuk menyelesaikan suatu halangan.

Aktiviti :

Petugas memberikan sehelai kertas yang mempunyai puzzle maze bertemakan merdeka. Peserta dikehendaki mencari laluan yang sesuai sehingga berjaya sampai ke destinasi yang tepat. 

Gambar disini

Tarikh :  7 September 2024 (Sabtu)
Masa :  8:00 AM hingga 1:00 PM
Peserta :  60 orang
Lokasi KEDA Sg Salleh, Kedah

 

Tujuan :

Mengadakan aktiviti berkaitan dengan Klik Dengan Bijak bersama para pengunjung Program JIWA Komuniti MADANI Merdeka B.Baharu bagi mempromosi aktiviti dan program yang dijalankan di NADI yang berdekatan.

Aktiviti :

Petugas memberikan taklimat serba sedikit mengenai KDB dan mempromosikan NADI kepada komuniti setempat.

Gambar Disini