Tarikh :  6 Ogos 2024 (Selasa)
Masa :  3:15 PM hingga 4:45 PM
Peserta :  10 orang
Lokasi :  NADI Kg Sg Batu

 

Tujuan :

Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Kulim Bandar Baharu Pendawaian Elektrik Sesi 2/2024, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

Aktiviti :

Petugas memberikan pengenalan komputer seperti ciri-ciri dan aplikasi yang terdapat dalam komputer. Untuk pengenalan komputer petugas menunjukkan cara-cara melayari internet. Seterusnya, peserta membuat pendaftaran baru e-mel (Gmail) dengan bantuan petugas.

Gambar disini

Tarikh :  6 Ogos 2024 (Selasa)
Masa :  2:15 PM hingga 3:15 PM
Peserta :  10 orang
Lokasi :  NADI Kg Sg Batu

 

Tujuan :

Bengkel Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Aktiviti :

Para pelajar didedahkan dengan penggunaan teknologi dan kandungan baru (bijak internet). Menyedarkan para pelajar tentang rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya lebih beretika dan prihatin terhadap pengguna lain.

Gambar disini

Tarikh :  3 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa :  11:00 AM hingga 12:00 PM
Peserta :  3 orang
Lokasi :  NADI Kg Kuala Selama

Tujuan :

Kelas ini adalah untuk mensasarkan peserta daripada kalangan pelajar sekolah rendah yang bertujuan meningkatkan daya saing dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar.

Aktiviti :

Pelajar bermain pelbagai jenis permainan puzzle secara atas talian di laman web Sheppard Software.

Gambar Disini

Tarikh :  4 Ogos 2024 (Ahad)
Masa :  3:00 PM hingga 5:00 PM
Peserta :  3 orang
Lokasi :  NADI Kg Kuala Selama

 

Tujuan :

Aktiviti ini dijalankan untuk memupuk minat pelajar sekolah rendah untuk membaca buku dan belajar untuk membuat aktiviti NILAM secara atas talian.

Aktiviti :

Peserta membaca buku secara atas talian mengikut koleksi buku pilihan masing-masing di aplikasi Advance Intergrated NILAM System (AINS) dan menulis rumusan pembacaan mereka.

Gambar disini

Tarikh :  1 Ogos 2024 (Khamis)
Masa :  3:00 PM hingga 5:00 PM
Peserta :  2 orang
Lokasi :  NADI Kg Kuala Selama

 

Tujuan :

Untuk mengasah bakat pelajar sekolah dalam mengenali kitaran makanan haiwan.

Aktiviti :

Pelajar bermain permainan Food Chain secara atas talian dan pelajar perlu menyusun bahagian (gambar) kitaran makanan haiwan mengikut susunan yang betul.

Gambar Disini