Tarikh | : 20 Julai 2024 (Sabtu) |
Masa | : 10:00 AM hingga 12:00 PM |
Peserta | : 15 orang |
Lokasi | : PKD Sg Siputeh |
Tujuan :
Kelas usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan usahawan setempat, bertujuan untuk membantu peserta mengetahui teknik pemasaran dan penjualan produk secara atas talian melalui TikTok Shop/Seller.
Aktiviti :
Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan kaedah penjualan dalam TikTok Seller (seller-my.tiktok.com). Seterusnya, peserta mendaftar TikTok Seller dan mula memasukkan produk masing-masing dengan bantuan pengajar.
Tarikh | : 19 Julai 2024 (Jumaat) |
Masa | : 3:00 PM hingga 4:00 PM |
Peserta | : 3 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Aktiviti Emoji Scavenger Hunt diadakan untuk memberi pendedahan kepada Artificial Intelligence (AI) dalam bentuk permainan online.
Aktiviti :
Peserta diberikan peluang untuk belajar sambil bermain permainan di atas talian tentang AI dan kegunaannya di laman web Emoji Scavenger Hunt (https://emojiscavengerhunt.withgoogle.com/). Peserta dikehendaki untuk mencari dan mengimbas objek yang ditunjukkan dalam bentuk emoji oleh laman web tersebut.
Tarikh | : 11 Julai 2024 (Khamis) |
Masa | : 3:00 PM hingga 5:00 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Meneroka lokasi dunia, memahami geografi, dan meningkatkan kemahiran navigasi menggunakan aplikasi Google Earth.
Aktiviti :
Peserta menggunakan aplikasi Google Earth untuk meneroka peta dunia, belajar tentang pelbagai negara, dan mencari tempat-tempat menarik dengan bimbingan petugas.
Tarikh | : 14 Julai 2024 (Ahad) |
Masa | : 11:00 AM hingga 1:00 PM |
Peserta | : 3 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas ICT ini untuk membantu pelajar sekolah untuk belajar dan mengetahui apa itu Artificial Intelligence (AI) dan mereka dapat menggunakan beberapa Ai tools untuk pembelajaran mereka.
Aktiviti :
Petugas telah menerangkan secara ringkas apa itu AI dan menunjuk ajar cara untuk menggunakan AI tools seperti ChatGPT, Microsoft Bing, dan lain-lain.
Tarikh | : 9 Julai 2024 (Selasa) |
Masa | : 10:00 AM hingga 12:00 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : Kak Ani Bakery |
Tujuan :
Memudahkan usahawan untuk mendaftar ezBiz SSM bagi meningkatkan pengurusan perniagaan digital dengan lebih efisien dan berdaya saing.
Aktiviti :
Aktiviti ini melibatkan penerangan langkah-langkah pendaftaran ezBiz SSM, penekanan kepentingan penggunaan platform digital untuk perniagaan, dan tunjuk ajar dalam pengisian borang secara praktikal.