Tarikh :  1 Julai 2024 (Isnin)
Masa :  8:00 AM hingga 2:00 PM
Peserta :  40 orang
Lokasi :  Perpustakaan Awam Selama

 

Tujuan :

Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.

Aktiviti :

Taklimat bersama pelajar-pelajar sekolah di zon Selama, Perak ini dihadiri seramai lebih 40 orang peserta. Dalam taklimat ini, pelajar diberikan penerangan melalui tayangan slaid modul Klik Dengan Bijak, Buli Siber, Maklumat Palsu dan Oversharing. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.

Gambar disini

Tarikh :  25 Jun 2024 (Selasa)
Masa :  2:45 PM hingga 4:45 PM
Peserta :  6 orang
Lokasi :  NADI Kg Sg Batu

 

Tujuan :

Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GiatMARA Bandar Baharu Sesi 1/2024, bertujuan untuk membantu peserta belajar tentang asas kewangan.

Aktiviti :

Petugas memberikan penerangan tentang asas pengurusan kewangan dalam perniagaan seperti pembiayaan daripada agensi, geran daripada kerajaan dan sebagainya.

Gambar disini

Tarikh :  16 Jun 2024 (Ahad)
Masa :  3:00 PM hingga 5:00 PM
Peserta :  4 orang
Lokasi :  NADI Kg Kuala Selama

Tujuan :

Aktiviti ini bertujuan memupuk kreativiti dan kemahiran melukis dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Aktiviti :

Sempena Hari Raya Korban adalah untuk mengajar peserta cara melukis lembu dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan.

Gambar disini

Tarikh :  21 Jun 2024 (Jumaat)
Masa :  10:45 AM hingga 11:45 AM
Peserta :  1 orang
Lokasi :  NADI Kg Kuala Selama

 

Tujuan :

Kelas e-Tuition @ NADI diadakan untuk pelajar sekolah rendah melalui atas talian bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Aktiviti

Petugas memberi bantuan penggunaan aplikasi Google Meet dan membekalkan nota bagi subjek Matematik untuk para peserta yang terdiri dari pelajar darjah 5. Seterusnya, peserta mula belajar dan membuat latihan bersama pengajar secara atas talian.

Gambar disini

Tarikh :  15 Jun 2024 (Sabtu)
Masa :  8:00 AM hingga 2:00 PM
Peserta :  70 orang
Lokasi :  Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu, Kedah

 

Tujuan :

Mengadakan aktiviti berkaitan dengan STEM bersama para pengunjung Program JIWA Komuniti MADANI Kulim/Bandar Baharu bagi mempromosi aktiviti dan program yang dijalankan di NADI yang berdekatan.

Aktiviti :

Permainan Lego serta Wood Intelligence memerlukan ketekunan dan kesabaran untuk diselesaikannya. Bagi kanak-kanak yang lama kelamaannya yang sudah terbiasa bermain permainan ini akan terhasilnya mental yang tenang,tekun dan mempunyai sifat kesabaran dalam menghadapi suatu permasalahan.

Gambar Disini