Tarikh | : 9 Februari 2024 (Jumaat) |
Masa | : 9:00 AM hingga 12:00 PM |
Peserta | : 15 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas usahawan digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GiatMARA Larut Sesi 1/2024 yang bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti :
Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office Word serta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan.
Tarikh | : 6 Februari 2024 (Selasa) |
Masa | : 10:00 AM hingga 12:00 PM |
Peserta | : 40 orang |
Lokasi | : Sek Keb Ladang Dublin, Karangan Kedah |
Tujuan :
Memberi penjelasan dan langkah-langkah keselamatan penggunaan internet kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti :
Taklimat bersama pelajar ini dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri daripada pelajar dari SK Ladang Dublin, Karangan. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide modul Klik Dengan Bijak dan Online Grooming. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.
Tarikh | : 2 Februari 2024 (Jumaat) |
Masa | : 10:45 AM hingga 11:45 AM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas e-Tuisyen @ Pusat Ekonomi Digital diadakan untuk pelajar sekolah rendah melalui atas talian bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti
Petugas memberi bantuan penggunaan aplikasi Google Meet dan membekalkan nota bagi subjek Matematik untuk para peserta yang terdiri dari pelajar tahun 4. Seterusnya, peserta mula belajar dan membuat latihan bersama pengajar secara atas talian.
Tarikh | : 3 Februari 2024 (Sabtu) |
Masa | : 9:30 AM hingga 10:30 AM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas e-Tuisyen @ Pusat Ekonomi Digital diadakan untuk pelajar sekolah rendah melalui atas talian bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti
Petugas memberi bantuan penggunaan aplikasi Google Meet dan membekalkan nota bagi subjek Bahasa Melayu untuk para peserta yang terdiri dari pelajar tahun 4. Seterusnya, peserta mula belajar dan membuat latihan bersama pengajar secara atas talian.
Tarikh | : 4 Februari 2024 (Ahad) |
Masa | : 9:00 AM hingga 2:00 PM |
Peserta | : 30 orang |
Lokasi | : Sek Keb Sungai Taka |
Tujuan :
Program yang dijalankan adalah sempena Sambutan 100 tahun Jubli Berlian (Hari Keusahawanan) Sekolah Kebangsaan Sungai Taka. Petugas mengadakan aktiviti berkaitan dengan IoT iaitu dengan menggunakan aplikasi Quick, Draw! bersama para pengunjung Hari Keusahawanan bagi mempromosi aktiviti dan program yang dijalankan di PEDi yang berdekatan.
Aktiviti :
Pengguna dijemput untuk melayari laman web quickdraw.withgoogle.com dan diberikan satu perkataan untuk digambarkan dalam masa 20 saat. Seterusnya, sistem merakam pergerakan sentuhan skrin pengguna semasa mereka menggambar dan algoritma pembelajaran mesin kemudian cuba untuk meneka objek atau konsep yang digambar oleh pengguna.