Tarikh :  23 Februari 2024 (Jumaat)
Masa :  10:00 AM hingga 12:00 PM
Peserta :  15 orang
Lokasi :  PEDi Kg Kuala Selama

 

Tujuan :

Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GiatMARA Larut Sesi 1/2024, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan dan mengasah kemahiran bercakap dan membentang slaid di hadapan peserta yang lain. 

Aktiviti :

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office PowerPoint, peserta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan dan membuat pembentangan slaid Microsoft Power Point yang telah peserta lakukan. 

Gambar disini

Tarikh :  23 Februari 2024 (Jumaat)
Masa :  10:00 AM hingga 12:00 PM
Peserta :  15 orang
Lokasi :  PEDi Kg Kuala Selama

 

Tujuan :

Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GiatMARA Larut Sesi 1/2024, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office PowerPoint, peserta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan. 

Gambar disini

Tarikh :  21 Februari 2024 (Rabu)
Masa :  10:00 AM hingga 12:00 PM
Peserta :  5 orang
Lokasi :  PEDi Kg Kuala Selama


Tujuan :

Mengasah kemahiran komunikasi dan kerjasama bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan cabaran yang diberi dalam waktu yang ditetapkan.

Aktiviti :

Permainan melukis lakaran back-to-back dilakukan dalam aktiviti ini dimana peserta diminta untuk berbaris dalam kumpulan dan berdiri bersebelahan dengan memegang kertas dan pensel di setiap tangan. Permainan dimulakan dengan dua orang di mana seorang adalah pelukis dan seorang lagi adalah peneka. 1 minit dihabiskan untuk membolehkan pelukis melukis imej yang berkaitan dengan ICT, dan kemudian peneka cuba meneka apa yang telah mereka lihat tanpa melihat imej itu dan melukis semula imej tersebut sehingga peneka terakhir perlu meneka apakah imej tersebut dengan betul. Amalan komunikasi lakaran belakang ke belakang menggalakkan kumpulan atau pasukan untuk bekerjasama dan mengasah kaedah komunikasi peserta.

Gambar Disini

Tarikh :  23 Februari 2024 (Jumaat)
Masa :  10:45 AM hingga 11:45 AM
Peserta :  1 orang
Lokasi :  PEDi Kg Kuala Selama

 

Tujuan :

Kelas e-Tuisyen @ Pusat Ekonomi Digital diadakan untuk pelajar sekolah rendah melalui atas talian bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Aktiviti

Petugas memberi bantuan penggunaan aplikasi Google Meet dan membekalkan nota bagi subjek Matematik untuk para peserta yang terdiri dari pelajar tahun 4. Seterusnya, peserta mula belajar dan membuat latihan bersama pengajar secara atas talian.

Gambar disini

Tarikh :  17 Februari 2024 (Sabtu)
Masa :  10:00 AM hingga 12:00 PM
Peserta :  7 orang
Lokasi :  PEDi Kg Kuala Selama


Tujuan :

Mengadakan aktiviti pembelajaran di laman web ICT games 'Dino Sorts' iaitu pembelajaran sorting/ordering nombor.

Aktiviti :

Peserta diminta untuk mengira secara lisan melebihi 20, mengenal pasti corak sistem pengiraan dan meletakkan nombor dalam susunan yang betul di belakang dinosaur. Jika betul gunung berapi akan meletus, jika tidak dinosaur akan menggeram.

Gambar Disini