Tarikh | : 21 Januari 2024 (Ahad) |
Masa | : 10:00 AM hingga 1:00 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Berkongsi maklumat berkenaan cara-cara dan tips pemasaran digital bersama peserta.
Aktiviti :
Peserta diberi penerangan dan maklumat tentang asas pemasaran digital serta cara untuk menjadi usahawan digital yang berjaya.
Tarikh | : 19 Januari 2024 (Jumaat) |
Masa | : 10:45 AM hingga 11:45 AM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas e-Tuisyen @ Pusat Ekonomi Digital diadakan untuk pelajar sekolah rendah melalui atas talian bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti
Petugas memberi bantuan penggunaan aplikasi Google Meet dan membekalkan nota bagi subjek Matematik untuk para peserta yang terdiri dari pelajar tahun 4. Seterusnya, peserta mula belajar dan membuat latihan bersama pengajar secara atas talian.
Tarikh | : 13 Januari 2024 (Sabtu) |
Masa | : 4:00 PM hingga 5:00 PM |
Peserta | : 3 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Bertujuan untuk mengaplikasikan STEM kepada para peserta serta memupuk kerjasama antara peserta bagi membina sebuah binaan yang kukuh.
Aktiviti :
Para peserta diminta untuk menghasilkan binaan bangunan dengan menggunakan tanah liat dan lidi (Teknologi) sehingga kukuh (Engineering). Disamping itu, bentuk, warna dan tekstur tanah liat juga dapat dikenali (Sains). Petugas juga meminta peserta untuk mengira berapa bilangan lidi dan tanah liat yang telah digunakan (Matematik).
Laporan Aktiviti Januari 2024 - Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak GiatMARA Larut Baharu Sesi 1/2024
Tarikh | : 18 Januari 2023 (Khamis) |
Masa | : 2:30 PM hingga 4:30 PM |
Peserta | : 30 orang |
Lokasi | : Giatmara Larut, Selama |
Tujuan :
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya remaja yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri seramai 30 orang peserta dari Giatmara Larut. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slaid Klik Dengan Bijak modul Terlebih Kongsi, Maklumat Palsu, Scammer dan PADU. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.
Tarikh | : 11 Januari 2024 (Khamis) |
Masa | : 10:00 AM hingga 12:00 PM |
Peserta | : 40 orang |
Lokasi | : Tabika KEMAS NKRA IPD Selama |
Tujuan :
Bertujuan untuk mencipta pergerakan animasi mengikut watak yang pelbagai.
Aktiviti :
Para peserta diminta untuk mencipta animasi masing-masing. Peserta terlebih dahulu diminta untuk mewarna kertas lukisan yang telah diberikan, kemudian peserta diminta mengambil gambar animasi tersebut dan memuatnaik ke dalam aplikasi sketch itu. Di aplikasi itu peserta membolehkan animasi itu bergerak seperti watak yang mereka mahu.