Tarikh | : 18 April 2024 (Khamis) |
Masa | : 2:00 PM hingga 4:00 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas ini diadakan untuk ahli NADI Kg. Kuala Selama, bertujuan untuk membantu peserta mahir menggunakan komputer dan internet.
Aktiviti :
Petugas menunjukkan cara membuat resume menggunakan aplikasi Canva, seterusnya peserta membuat resume dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 16 April 2024 (Selasa) |
Masa | : 2:30 PM hingga 4:30 PM |
Peserta | : 15 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sg Batu |
Tujuan :
Kelas usahawan digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Kulim Bandar Baharu TML & PE Sesi 1/2024 yang bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti :
Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office Word serta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan.
Tarikh | : 8 April 2024 (Isnin) |
Masa | : 3:00 PM hingga 4:00 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Bertujuan untuk mengajar peserta tentang teknik membuat sampul duit raya yang kreatif menggunakan template yang diberikan.
Aktiviti :
Peserta akan belajar cara menghasilkan sampul duit raya dengan menggunting, menampal serta mewarna corak dan hiasan yang menarik untuk menyemarakkan suasana Hari Raya.
Tarikh | : 14 April 2024 (Ahad) |
Masa | : 10:00 AM hingga 12:00 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Mendorong pemikiran kreatif dan kemahiran problem-solving melalui permainan puzzle seperti Jigsaw dan puzzle matematik.
Aktiviti :
Peserta didorong untuk menggunakan konsep sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik dalam menyelesaikan puzzle pengiraan matematik serta menyelesaikan puzzle Jigsaw untuk memupuk minat terhadap bidang STEM.
Tarikh | : 4 April 2024 (Khamis) |
Masa | : 10:00 AM hingga 1:00 PM |
Peserta | : 50 orang |
Lokasi | : Perpustakaan Awam Selama, Perak |
Tujuan :
Pada 24 Ramadan 1445H bersamaan 04 April 2024, telah dijalankan secara serentak Program World Quran Hour 2024 di seluruh Negara dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya. Misi surah Al-Jumu’ah iaitu surah ke-62 akan dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan Al-Quran di kalangan masyarakat.
Aktiviti :
Petugas telah membuat beberapa aktiviti kepada para peserta seperti terjemahan penulisan jawi dan Quizizz tentang Al-Quran. Seterusnya, penyampaian hadiah kepada pemenang juga telah diberikan.