Tarikh | : 23 April 2024 (Selasa) |
Masa | : 2:30 PM hingga 4:30 PM |
Peserta | : 15 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sg Batu |
Tujuan :
Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Kulim Bandar Baharu TML & PE Sesi 1/2024, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti :
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office PowerPoint, peserta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan.
Tarikh | : 21 April 2024 (Ahad) |
Masa | : 3:00 PM hingga 5:00 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan aplikasi Canva dan mendigitalizasi katalog untuk berniaga.
Aktiviti :
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Canva untuk peserta membuat katalog digital raya.
Tarikh | : 20 April 2024 (Sabtu) |
Masa | : 9:30 AM hingga 10:30 AM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas e-Tuisyen @ NADI diadakan untuk pelajar sekolah rendah melalui atas talian bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti :
Petugas memberi bantuan penggunaan aplikasi Google Meet dan membekalkan nota bagi subjek kemahiran bacaan Jawi untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 1-3. Seterusnya, peserta mula belajar dan membuat latihan bersama pengajar secara atas talian.
Tarikh | : 20 April 2024 (Sabtu) |
Masa | : 10:30 AM hingga 12:00 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas e-Learning diadakan untuk pelajar sekolah rendah bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti :
Petugas membekalkan nota bagi sifir matematik untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 1-3. Seterusnya, peserta mula belajar dan membuat latihan secara atas talian.
Tarikh | : 19 April 2024 (Jumaat) |
Masa | : 10:00 AM hingga 12:00 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Bertujuan untuk mengajar kemahiran menaip dengan menggunakan platform Typing Club. Peserta akan mempelajari teknik-teknik menaip yang efektif melalui latihan-latihan yang interaktif dan bimbingan yang diberikan. Tujuan utama kelas ini adalah untuk meningkatkan kecekapan menaip peserta melalui latihan yang berstruktur dan pembelajaran yang berpusatkan pengguna.
Aktiviti :
Petugas membuka laman web TypingClub kepada peserta dan membantu pelajar belajar menaip sehingga ke pembelajaran level yang ke-23.