Tarikh :  7 Mei 2024 (Selasa)
Masa :  2:45 PM hingga 3:45 PM
Peserta :  15 orang
Lokasi :  NADI Kg Sg Batu

Tujuan :

Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Kulim Bandar Baharu Jahitan Sesi 1/2024, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.

Aktiviti :

Petugas memberikan pengenalan komputer seperti ciri-ciri dan aplikasi yang terdapat dalam komputer. Untuk pengenalan komputer petugas menunjukkan cara-cara melayari internet. Seterusnya, peserta membuat pendaftaran baru e-mel (Gmail) dengan bantuan petugas.

Gambar disini

Tarikh :  6 Mei 2024 (Isnin)
Masa :  10:00 AM hingga 12:00 PM
Peserta :  1 orang
Lokasi :  NADI Kg Kuala Selama

Tujuan :

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta mahir menggunakan komputer dan internet untuk belajar.

Aktiviti :

Number Worms ialah permainan berasaskan matematik di mana peserta perlu menjawab persamaan untuk meningkatkan cahaya dalam cacing. Pilih cacing yang sesuai dan masuk ke arena cacing untuk menggigit nombor dan menyelesaikan masalah.

Gambar disini

Tarikh :  4 Mei 2024 (Sabtu)
Masa :  3:00 PM hingga 5:00 PM
Peserta :  2 orang
Lokasi :  NADI Kg Kuala Selama

Tujuan :

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan membuat kraftangan origami berbentuk katak. Origami juga berkaitan dengan aktiviti STEM dalam reka bentuk dan pengajaran. Seni lipatan kertas adalah alat yang luar biasa untuk menunjukkan konsep matematik dan reka bentuk struktur yang kompleks.

Aktiviti :

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara untuk membuat origami dnegan rujukan daripada video di YouTube. Seterusnya, peserta membuat lipatan kertas sehingga menjadi bentuk origami katak.

Gambar disini

Tarikh :  5 Mei 2024 (Ahad)
Masa :  10:00 AM hingga 12:00 PM
Peserta :  1 orang
Lokasi :  NADI Kg Sg Batu

Tujuan :

Rakan Digital NADI Kg Kuala Selama telah membantu usahawan/komuniti setempat untuk menjana pendapatan secara atas talian dengan menggunakan platform Shopee.

Aktiviti :

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara untuk berniaga secara atas talian menggunakan platform Shopee. Seterusnya, peserta mendaftar akaun Shopee serta menguruskan produk di Shopee dengan bantuan petugas.

Gambar disini

Tarikh :  29 April 2024 (Isnin)
Masa :  4:00 PM hingga 5:00 PM
Peserta :  2 orang
Lokasi :  NADI Kg Kuala Selama

Tujuan :

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan bermain permainan online yang mencabar minda peserta. 2048 ialah permainan teka-teki matematik di mana peserta perlu menggabungkan jubin dengan nombor yang sama. Matlamat permainan ini adalah untuk menggabungkan jubin sehingga mempunyai nombor 2048.

Aktiviti :

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara permainan game tersebut. Seterusnya, peserta akan memulakan permainan tersebut dengan semakin mencabar dan semakin sulit untuk menyelesaikannya.

Gambar disini