Tarikh | : 23 April 2024 (Selasa) |
Masa | : 2:30 PM hingga 4:30 PM |
Peserta | : 15 orang |
Lokasi | : NADI Kg Sg Batu |
Tujuan :
Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Kulim Bandar Baharu TML & PE Sesi 1/2024, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan dan mengasah kemahiran bercakap dan membentang slaid di hadapan peserta yang lain.
Aktiviti :
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office PowerPoint, peserta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan dan membuat pembentangan slaid Microsoft Power Point yang telah peserta lakukan.
Tarikh | : 27 April 2024 (Sabtu) |
Masa | : 9:30 AM hingga 10:30 AM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas e-Tuisyen @ NADI diadakan untuk pelajar sekolah rendah melalui atas talian bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti :
Petugas memberi bantuan penggunaan aplikasi Google Meet dan membekalkan nota bagi subjek kemahiran bacaan Jawi untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 1-3. Seterusnya, peserta mula belajar dan membuat latihan bersama pengajar secara atas talian.
Tarikh | : 23 April 2024 (Selasa) |
Masa | : 11:15 AM hingga 12:15 AM |
Peserta | : 40 orang |
Lokasi | : Perpustakaan Awam Selama, Perak |
Tujuan :
Bertujuan untuk mendedahkan serta memperkenalkan teknologi Augmented Reality (AR) dalam kehidupan kepada peserta.
Aktiviti :
Peserta diminta untuk mewarna gambar yang telah diberikan. Selesai mewarna, peserta akan mengimbas kod QR yang terdapat pada kertas gambar tersebut menggunakan aplikasi Quiver 3D Coloring. Aplikasi ini mengabungkan pewarnaan fizikal bersama teknologi AR untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang menarik dan pastinya menyeronokkan.
Tarikh | : 26 April 2024 (Jumaat) |
Masa | : 3:00 PM hingga 5:00 PM |
Peserta | : 3 orang |
Lokasi | : NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas ICT/Kemahiran komputer diadakan untuk ahli NADI Kg Kuala Selama, bertujuan untuk membantu peserta mahir menggunakan komputer.
Aktiviti :
Petugas memberikan latihan menaip kepada peserta dengan menggunakan aplikasi Notepad.
Tarikh | : 23 April 2024 (Selasa) |
Masa | : 11:00 AM hingga 11:10 AM |
Peserta | : 40 orang |
Lokasi | : Perpustakaan Awam Selama, Perak |
Tujuan :
Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sehari. Sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
Aktiviti :
Peserta yang terdiri daripada murid-murid Tadika Kemas IPD Selama, Perak telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini dengan membaca selama 10 minit buku kanak-kanak yang telah disediakan oleh pihak Perpustakaan Awam Selama, Perak dengan bantuan petugas.