Tarikh | : 16 Mei 2019 (KHAMIS) |
Masa | : 9.00 AM hingga 1.00 PM |
Peserta | : 40 orang |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan :
Taklimat Keusahawanan Bersama MARA Daerah Bandar Baharu diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Mahang, taklimat diberikan oleh pegawai dari MARA Daerah Bandar Baharu tentang bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh MARA.
Aktiviti
Pegawai MARA Daerah Bandar Baharu memberikan taklimat dan tayangan slaid kepada peserta berkenaan bantuan dan kemudahan yang MARA bekalkan untuk usahawan yang ingin berniaga.
Tarikh | : 11 Mei 2018 (SABTU) |
Masa | : 2.00 AM hingga 4.00 AM |
Peserta | : 3 orang |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan :
Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah, kelas tuisyen ini bertujuan untuk membantu peserta mengulangkaji pelajaran dengan mudah secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberikan tugasan kepada peserta untuk menyelesaikan quiz Bahasa Melayu yang dipilih di platform Quizizz (www.quizizz.com). Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta dan sama-sama menyelesaikan soalan quiz yang diberikan bersama-sama.
Tarikh | : 4 Mei 2018 (SABTU) |
Masa | : 2.00 PM hingga 5.00 PM |
Peserta | : 6 orang |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan :
Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah menengah, Kelas Carian Maklumat online ini bertujuan untuk membantu peserta membuat kerja sekolah dengan mudah secara atas talian.
Aktiviti
Petugas membantu peserta untuk mencari maklumat secara atas talian di carian enjin Google dan laman web Wikipedia untuk menyiapkan kerja sekolah dan menggunakan Microsoft Office Word untuk memasukkan gambar yang di muat turun.
Tarikh | : 9 Mei 2019 (KHAMIS) |
Masa | : 11.00 AM hingga 1.00 PM |
Peserta | : 19 orang |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan :
Kursus E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Mahang, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi menggunakan Microsoft Office Excel, peserta diberikan tugasan mudah untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan.
Tarikh | : 30 April 2019 (SELASA) |
Masa | : 10.00 AM hingga 12.00 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan :
Ahli Pusat Internet Kg. Kuala Selama mengisi borang permohonan anak di laman program PERMATA.
Aktiviti
Ahli Pusat Internet Kg. Kuala Selama mengisi borang permohonan secara atas talian di laman rasmi PERMATA (epapn.permata.jpm.my) dengan bantuan petugas.