Tarikh | : 29 April 2019 (ISNIN) |
Masa | : 10.00 AM hingga 1.00 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan :
Kursus Asas Komputer diadakan untuk ahli Pusat Internet Kg. Kuala Selama, bertujuan untuk membantu peserta mahir menggunakan komputer dan internet.
Aktiviti
Petugas menunjukkan cara membuat resume menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, seterusnya petugas membuat resume dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 28 April 2019 (AHAD) |
Masa | : 8.30 AM hingga 1.00 PM |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan :
HARI BERSAMA KOMUNITI dijalankan bagi mendekatkan lagi komuniti sekitar dengan Pusat Internet Kg. Kuala Selama. Program dan taklimat berkaitan perkhidmatan Pusat Internet yang disediakan boleh dimanfaatkan oleh komuniti seiring saranan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Selain itu, bengkel eRezeki disediakan untuk peserta yang berminat menjana pendapatan secara atas talian. Advokasi KLIK DENGAN BIJAK juga turut dijalankan sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah siber dan membudayakan penggunaan internet secara positif.
Aktiviti
Peserta hadir seawal jam 8:30 pagi untuk mendaftar. Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik disediakan dari pelbagai agensi jemputan seperti pemeriksaan kesihatan, taklimat dan pameran agensi, muat turun aplikasi Dashboard Komuniti, kempen Mobile E-Waste, jualan usahawan dan pelbagai pertandingan. Aktiviti dijalankan serentak pada jam 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari. Peserta juga disediakan goodies, cabutan bertuah, sarapan pagi dan makan tengahari. Dif-dif kehormat hadir pada jam 12:30 tengahari untuk upacara perasmian serta penyampaian hadiah kepada para pemenang dan menutup HARI BERSAMA KOMUNITI Pusat Internet Kg. Kuala Selama.
Tarikh | : 24 April 2019 (RABU) |
Masa | : 8.30 AM hingga 1.00 PM |
Peserta | : 35 orang |
Lokasi | : Perpustakaan Desa Sg. Taka |
Tujuan :
Mempromosi perkhidmatan dan produk yang boleh didapati di Pusat Internet Sg. Batu. Selain itu, berkongsi maklumat dan menjalankan kempen E-Waste dan Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
Membuka booth dan memberi penerangan mengenai aktiviti dan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Sg. Batu. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.
Tarikh | : 25 April 2019 (KHAMIS) |
Masa | : 9.00 AM hingga 1.00 PM |
Peserta | : 40 orang |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan :
Kursus E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Mahang, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer.
Aktiviti
Peserta menyunting video menggunakan aplikasi Wondershare Filmora. Peserta menggunakan fungsi-fungsi selepas diberikan penerangan pada kelas sebelumnya untuk menghasilkan video masing-masing.
Tarikh | : 23 April 2019 (SELASA) |
Masa | : 11.00 AM hingga 1.00 PM |
Peserta | : 30 orang |
Lokasi | : SK Selama, Kedah |
Tujuan :
Bengkel Advokasi KLIK DENGAN BIJAK diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga 5 dari SK Selama, Kedah. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide modul KLIK DENGAN BIJAK. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.