Tarikh :  3 April 2019 (RABU)
Masa :  12.30 PM hingga 4.00 PM
Peserta :  322 orang
Lokasi :  SMK Dato' Haji Hussein


Tujuan :

Bengkel Advokasi KLIK DENGAN BIJAK diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.

Aktiviti

Bengkel ini dihadiri seramai 322 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 dari SMK Dato' Haji Hussein, Selama, Perak. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide modul KLIK DENGAN BIJAK. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.

Gambar disini

Tarikh :  5 April 2018 (JUMAAT)
Masa :  9.00 AM hingga 11.00 AM
Peserta :  3 orang
Lokasi :  PI Kg. Kuala Selama


Tujuan :

Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah menengah, Kelas Carian Maklumat online ini bertujuan untuk membantu peserta membuat kerja sekolah dengan mudah secara atas talian.

Aktiviti

Petugas membantu peserta untuk mencari maklumat secara atas talian di carian enjin Google dan laman web Wikipedia untuk menyiapkan kerja sekolah.

Gambar disini

Tarikh :  24 Mac 2019 (AHAD)
Masa :  7.00 AM hingga 11.00 AM
Lokasi :  Dataran Bandar Baharu, Kedah


Tujuan :

Karnival JOM SIHAT Daerah Bandar Baharu dijalankan untuk memberi pengetahuan dan memupuk sikap warga setempat tentang cara hidup sihat dan pemakanan sihat serta menghebahkan kepada masyarakat mengenai kemudahan kesihatan yang disediakan di Pusat Internet. Program dan taklimat berkaitan keselamatan pengambilan ubat dan penggunaan My Health yang disediakan boleh dimanfaatkan oleh komuniti seiring saranan untuk mewujudkan masyarakat sihat.

Aktiviti

Pengunjung hadir seawal jam 7:00 pagi untuk mendaftar. Pelbagai perkhidmatan, aktiviti dan pertandingan menarik disediakan dari pelbagai agensi jemputan seperti sukan sepak raga, senamrobik, pertandingan memasak, pertandingan mewarna poster, kuiz My Health, muat naik artikel My Komuniti, pameran kesihatan dan ceramah kesihatan. Aktiviti dijalankan bermula jam 7:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Gambar disini

Tarikh :  29 Mac 2018 (JUMAAT)
Masa :  9.00 AM hingga 11.00 AM
Peserta :  8 orang
Lokasi :  PI Kg. Kuala Selama


Tujuan :

Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah, kelas tuisyen ini bertujuan untuk membantu peserta mengulangkaji pelajaran dengan mudah secara atas talian.

Aktiviti

Petugas memberikan tugasan kepada peserta untuk menyelesaikan quiz Bahasa Melayu yang dipilih di platform Quizizz (www.quizizz.com). Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta dan sama-sama menyelesaikan soalan quiz yang diberikan bersama-sama.

Gambar disini

Tarikh :  21 Mac 2018 (KHAMIS)
Masa :  11.00 AM hingga 1.00 PM
Peserta :  19 orang
Lokasi :  PI Kg. Sungai Batu


Tujuan :

Kursus E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Mahang, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Canva (www.canva.com), peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu poster menggunakan Canva dengan bantuan petugas.

Gambar disini