Nama | : Prema A/P Kerishnamasamy |
Umur | : 21 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
19 tahun, perempuan, SPM, Kerani Kilang,adalah pengunjung yang sering berkunjung ke PI bagi urusan tertentu. Beliau yang yang tidak pandai untuk menggunakkan semua perisian atau apalikasi contoh Office, paint, crop and paste , jadi meminta pihak petugas PI membantu beliau dengan memeberi kelas dan penerangan serta latihan terhadap penggunaan internet , menaip dan sebagai nya bagi memudahkan beliau untuk membuat resume bagi urusan memohon kerja dikemudian hari nnti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, Cik. Prema tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT contoh nya Pengenalan kepada internet, asas internet ,dan teknik-teknik pengurusan dan pembelajaran microsoft office di PI, Cik Prema telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI.