KELAS DAN PROGRAM ICT

Nama : Norizati binti Adnan
Umur : 18 tahun
Ahli : 2014


Latar belakang

Seorang pelajar lepasan SPM, dan telah menjadi ahli pusat internet daripada tahun 2014. Sementaran menunggu keputusan SPM keluar, Izati menghabiskan masanya dengan menghadiri kelas asas computer dan internet di pusat internet. Selain itu Izati juga menyertai aktiviti dan program yang diadakan di pusat internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya tidak berapa pandai menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat didalam perisian Mic . Off. Word, Excel, Publisher dan Power Point.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya menjadi lebih yakin untuk menyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi kerana sudah tentu akan menggunakan semua kemahiran ICT seperti Mic. Off.  di universiti nanti.

220419 1

USAHAWAN TUDUNG SEPENUH MASA, ATAS TALIAN KEROPOK LEKOR , SOS DAN PENIAGA BURGER

Nama : Noor Azlina Binti Mohamad Tajari
Umur : 40 tahun
Ahli : 2013

Latar belakang

Puan Azlina dan suami menjadikan perniagaan tudung di pasar-pasar pagi dan pasar malam  sebagai punca pendapatan sekeluarga.  Beliau juga mempromosi produk beliau secara online melalui Facebook dan Whatapps. Selain berniaga tudung, beliau dan suami juga membuka gerai burger di Selama, Perak di sebelah malam dan menjual Keropok lekor beserta sos secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1,000 – RM2,000 sahaja sebulan. Jualan tudung dan keropok lekor pula tidak menentu. Bergantung kepada trend dan permintaan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kuala Selama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau berjaya menjual produk beliau di sekitar Selama, Perak, Serdang, Kulim, Bandar Baharu dan juga Pulau Pinang yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM3500.

q4 3

KELAS DAN PROGRAM ICT

Nama : Norsyamiera bt Mohammad Zain
Umur : 21 tahun
Ahli : 2015


Latar belakang

Pelajar merupakan ahli PI Kg. Kuala Selama dan telah menghadiri kelas asas komputer dan asas keusahawanan sejak daripada bulan November 2018 bersama kawan-kawannya yang lain. Seorang pelajar yang masih menuntut di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelajar tidak cekap menggunakan software Microsoft Office (Word, Excel, Publisher, Power Point), menyunting gambar dan menggunakan media sosial seperti Instagram, Facebook dan aplikasi yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan program yang disertai di pusat internet Kg. Kuala Selama, saya berharap saya akan berjaya menceburi bidang perniagaan online pada masa akan datang. Pelajar berasa lebih yakin dan berani untuk menghasilkan logo-logo perniagaan yang unik dan menarik, mempromosi produk secara online dan cara menguruskan proses pembelian, pembayaran dan penghantaran barang secara online dan pos.

q4 1

USAHAWAN KECIL AIS KRIM MALAYSIA, KUIH-MUIH FROZEN DAN CATERING.

Nama : Nur Haslisa Binti Jamaludin
Umur : 21 tahun
Ahli : 2013

Latar belakang

Haslisa ialah seorang pelajar universiti dan menjual  secara kecil-kecilan di rumah dan mengambil tempahan membuat kuih muih di sekitar pekan Selama, Kedah. Turut membantu ibunya berniaga sarapan pagi di tepi jalan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10-20 tempahan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Selama, beliau kini telah memiliki facebook dan Shopee sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Selain itu, beliau dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00-RM800.00.

q4 2

USAHAWAN KECIL MAKANAN, MINUMAN DAN SANTAN SEGAR.

Nama : Siti Hanisah Binti Mohmad Safar
Umur : 18 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Seorang pelajar diploma pemasaran di Politeknik Sultanah Tuanku Bahiyah, Kedah. Beliau sering datang ke pusat internet untuk membuat rujukan dan belajar asas komputer (Mic. Off.). Selain itu, beliau turut menyertai program dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di pusat internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Memandangkan beliau masih belajar, beliau diwajibkan untuk membuat 1 perniagaan online sebagai salah satu daripada silibus pelajaran beliau. Oleh itu, beliau telah memulakan 2 perniagaan online iaitu menjual DimSum Coastal dan Gelang manik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk mencapai keputusan yang cemerlang didalam subjek perniagaan, beliau telah membuka akaun Instagram dan facebook untuk mempromosi kedua-dua produk beliau.

q3 3